Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Kalam

Hari yang bersejarah ini (Nakbah Palestin) pastinya akan menjadikan para pengkaji dan pemikir Islam yang berkecimpung dalam setiap bidang, dari setiap golongan, untuk menelaah sebab-sebab, dan faktor-faktor serta kesan-kesannya terhadap dunia Islam. Tabiat musuh dan ketamakannya, cara untuk berhadapan dengannya, dan menentangnya, pasti ia akan dikaji dan dihuraikan dalam bentuk-bentuk yang lebih luas. Perkara ini khususnya, adalah kerana Nakbah (yang bermaksud tragedi berdarah) yang telah bermula pada tahun 1948 ini masih lagi berterusan dan berpanjangan hari demi hari.

Penjajahan Zionis terhadap Palestin hari ini bukanlah seperti penjajahan Barat terhadap negara-negara Islam pada kurun ke-19 dan ke-20, yang hanya berlalu dan pergi, tetapi ia lebih daripada itu. Ia adalah satu jenis penjajahan penghapusan etnik dan penempatan haram secara kekerasan dan keganasan yang terus berkembang tanpa mempedulikan mana-mana peraturan antarabangsa. Dengan inspirasi daripada kecelaruan akidah mereka dan beralaskan dakwaan-dakwaan sejarah, mereka terus berusaha untuk menguasai bumi Palestin itu dan mengosongkan ia daripada penduduknya, dengan keganasan dan pembunuhan, menghalau penduduk tempatan, memusnahkan kampung dan ladang serta menggantikan tempat penduduk Palestin dengan Yahudi yang datang dari seluruh dunia.

Walaupun mereka telah mengisytiharkan negara haram mereka (Israel) pada tahun 1948, tetapi mereka sebenarnya belum lagi meletakkan garis pemisah di antara negara mereka dengan negara-negara lain. Ini kerana mereka masih lagi meneruskan misinya iaitu memperkembangkan tanah jajahan mereka sehingga mencapai objektif mereka iaitu mendirikan Israel Raya (Israel Kubra) yang terletak di antara Sungai Nil dan Sungai Furat. Mereka juga berusaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang mereka dakwa. Ben Gurion telah berkata: “Tiadalah erti Israel tanpa Al-Quds, dan tiadalah erti Al-Quds tanpa Haikal”. Mereka berusaha untuk menakluk rantau itu dan menguasai segala kekayaannya, dalam masa yang sama memperhambakan rakyatnya dengan cara yang zalim. Ia merupakan suatu projek penjajahan yang lengkap yang berasaskan kepercayaan agama.

Ketika mereka mula menjejakkan kaki mereka ke tanah kita, tanah ini tidak pernah mengenal erti keamanan dan keselesaan serta apa-apa bentuk pembangunan, yang ada hanyalah peperangan dan kecelakaan, pada tahun-tahun seperti 1948, 1956, 1967, 1982 dan 2006. Segala malapetaka yang menimpa telah menyebabkan kemusnahan, pembunuhan, pertumpahan darah dan pembaziran harta benda serta kemunduran.

Segala penyembelihan yang telah mereka lakukan terhadap rakyat Palestin seperti di Deir Yasin, Qabyah, Kafr Qasim, Khan Yunis, dan banyak lagi kampung-kampung yang lain, telah mengorbankan orang-orang tua dan kanak-kanak serta menguburkan janin-janin, menghancurkan rumah-rumah, yang telah berlaku beberapa kali di Qana, Beirut, Sabra dan Syatila, dan Bahrul Baqar di Mesir. Pembunuhan tawanan Palestin dalam perang 1956 dan 1967, menanam mereka hidup-hidup, konspirasi untuk mengambil sebahagian daripada kawasan Sungai Nil, meletakkan perisik untuk mengetahui rahsia ketenteraan dan ekonomi, usaha untuk memisahkan Selatan Sudan daripada bahagian utaranya, penyebaran fitnah terhadap Darfur untuk memecahbelahkan negara-negara Arab, menyemarakkan permusuhan PLO dan HAMAS, pengepungan di Jalur Gaza, segalanya adalah kekejaman dan kezaliman untuk menundukkan rakyat Palestin dan menimbus isu sebenar (agenda mereka membina Israel Raya).

Ia juga termasuk dalam konspirasi mereka terhadap apa yang berlaku di Iraq dan penjajahannya, dengan menyemarakkan isu perkauman, lantas mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan pada setiap sudut kawasannya. Mereka juga berusaha untuk melakukan perkara yang sama kepada Iran, kerana merasakan ia mampu menggugat mereka dengan teknologi persenjataan nuklear yang dimiliki oleh negara Iran. Ini semua telah jelas membuktikan bahawa mereka ini bukanlah manusia biasa yang mempunyai sikap kemanusiaan yang murni, tetapi mereka adalah ibarat binatang buas yang dahagakan darah, yang sentiasa ingin mengambil dan menguasai apa yang ada pada tangan-tangan kita, dan menakluk bumi di bawah tapak kaki kita.

Segala perkara yang berlaku ini bersumberkan kepada kefahaman mereka yang sangat-sangat merendahkan manusia selain mereka. Hakham Shamon Bar telah berkata: “Kamu semua wahai para Yahudi inilah yang dinamakan manusia, sedangkan para haiwan itu tidak dinamakan manusia!”. Hakham Eido Alba berkata: “Sesungguhnya pengharaman untuk membunuh dan menumpahkan darah manusia tidak dihukum ke atas Yahudi sekiranya yang dibunuh adalah bukan Yahudi, dibolehkan untuk membunuh selain Yahudi (ke atas bangsa yang kita peranginya) termasuklah wanita dan kanak-kanak”.

Semua jenayah yang kejam tanpa perikemanusiaan itu memerlukan penentangan dan pengutukan kita terhadapnya. Sekiranya kita berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa, ia bererti kita memberi mandat kepada mereka dalam jenayah ini, walaupun ia telah melukakan perasaan setiap bangsa Arab dan umat Islam, walaupun ia telah mengorbankan jutaan rakyat Palestin.

Penentangan terhadap projek yang hina dan penghancuran Zionis terhadap Al-Aqsa ini tidak boleh tidak mestilah dengan projek dunia Arab dan dunia Islam seluruhnya. Ia perlu bagi menolak sebarang operasi-operasi  damai yang dicadangkan sejak tahun 2002, menolak sebarang pengiktirafan kuasa besar Zionis, menilai semula rundingan damai dan hubungan diplomatik bersamanya, menolak sebarang bentuk tolak ansur yang sia-sia di antara Zionis dan Palestin, tidak menerima sebarang perdamaian di antara mereka dengan mana-mana negara Arab, menolak sebarang pengiktirafan terhadap tanah yang telah dirampas dan rakyat yang dihalau serta meng-Yahudi-kan Al-Quds, menyuarakan pandangan umum, di peringkat Mesir, dunia Arab, dan dunia Islam, serta seluruh dunia untuk menegakkan kebenaran bagi pihak rakyat Palestin, mengheret segala penjenayah peperangan ke muka keadilan, mengambil segala aspek kekuatan politik untuk membebaskan rakyat-rakyat daripada penindasan dan mengelakkan mereka daripada kemusnahan, membina dan mentarbiyah rijal-rijal di atas tunjang keimanan dan prinsip-prinsip, berusaha untuk menjadi penyatu yang menyatukan saf-saf umat di negara Arab, dan negara-negara Islam, paling kurang pun di rantau ini, mengumpulkan segala kekuatan ekonomi dengan persepakatan di antara negara-negara ini, mengkaji secara ilmiah terhadap perkara ini dan mementingkan perindustrian dan pembangunan Palestin, menyokong penentangan terhadap Zionis dalam apa jua bentuk sekalipun, menghancurkan pengepungan terhadap Jalur Gaza, serta berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Kamu akan mendapati manusia yang paling benci dan memusuhi orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin” (Surah Al-Maidah: 82)

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman” (Surah Ali Imran: 139)

Ikhwan Muslimin,
Kaherah,
10 Jamadil Awal 1431H bersamaan 24 April 2010M

sumber: ISMAWeb, http://ismaweb.net


Blog EntryJan 7, '10 12:59 AM
for everyone

PUTRAJAYA 5 Jan. - Serangan kejam tentera Israel ke atas Genting Gaza, Palestin pada 2008 pasti menjadi peristiwa hitam bagi dua rakyat Palestin, Muhammad Ayub dan Mustafa Albanna apabila kedua-dua belah kaki mereka menjadi kudung.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu bagaimanapun mendapat sinar baru apabila keprihatinan rakyat Malaysia membawa mereka ke negara ini bagi menjalani rawatan dan menerima sepasang kaki palsu untuk meneruskan kehidupan.

Setiausaha Agung Aman Palestin, Mohd. Azrin Samsudin berkata, kedua-dua rakyat Palestin itu merupakan mangsa perang Gaza yang menerima bantuan hasil sumbangan Wisma Putra sebanyak RM830,000 yang disalurkan melalui pertubuhan itu.

''Setakat ini, seramai tiga orang mangsa perang Gaza yang telah kehilangan anggota berjaya diterbangkan ke Malaysia.

''Kami akan mengenal pasti tujuh lagi mangsa yang cacat anggota mereka untuk menerima rawatan di sini, ini adalah hasil kerjasama erat kami dengan pertubuhan di Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyambut ketibaan kedua-dua mangsa perang Gaza itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Aman Palestin yang ditubuhkan sejak 2004 menumpukan bantuan kepada rakyat Palestin termasuk di kem-kem pelarian Palestin di Lebanon dan Syria dengan sehingga kini lebih RM1 juta disalurkan kepada rakyat wilayah bergolak itu hasil sumbangan orang ramai.

Menurut Mohd. Azrin berkata, sebelum ini Aman Palestin telah membawa seorang mangsa perang veteran, Zuhair Al-Serhi, 60, yang kehilangan kaki kirinya ke Malaysia bagi menjalani rawatan.

Sementara itu, anak lelaki Zuhair, Mohd. Naji Al-Serhi, 34, berkata, ayahnya kini semakin sembuh dan dapat menjalankan kehidupan harian secara biasa selepas menerima sumbangan kaki palsu daripada kerajaan Malaysia.

Beliau yang merupakan pelajar ijazah doktor falsafah dalam bidang perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) melahirkan rasa syukur kerana Malaysia amat prihatin dengan nasib rakyat Palestin dan bermurah hati menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

''Ayah saya kehilangan kakinya kerana berada terlalu dekat dengan lokasi serangan bom oleh Israel di Palestin.

''Kini ayah saya menerima rawatan susulan di Malaysia, saya berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana sanggup membiayai kos rawatan ayah saya," katanya dengan penuh terharu.


Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

Blog EntryOct 20, '09 7:15 AM
for everyone
Sidang Jumaat sekalian,

Setelah 61 tahun berlalu, Palestin masih lagi menangis. Hari ini Palestin menyaksikan pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa gugur syahid di tangan tentera Zionis yang tidak menghargai nyawa orang lain. Anak-anak yatim Palestin dan para balu menangis kerana kematian bapa dan suami yang berjuang mempertahankan walau seinci bumi yang dimiliki daripada terus dijajah oleh Yahudi laknatullah.

Hari ini, rakyat Palestin menderita akibat sifat kebinatangan rakus yang ditunjukkan oleh negara Israel dan sekutu-kutunya. Hak umat Palestin dinafikan dan kebatilan ditegakkan dengan kekerasan.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada 3 agama. Namun demikian Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan Palestin yang terdapat di dalamnya Masjid al-Aqsa seperti yang terdapat di dalam al-Quran, al-Hadis dan sejarah ialah:

1. Sebagai qiblat pertama umat Islam
2. Masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas 40 tahun pembinaan Masjidil Maram, Mekah (Ka’abah).
3. Masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi.
4. Tempat berlakunya Isra’ dan Mikraj
5. Bumi para nabi dan rasul
6. Negeri perjuangan yang menyaksikan ribuan darah syuhada’ yang gugur memperjuangkan dan membebaskan Masjid al-Aqsa.
7. Harta waqaf umat Islam sehingga hari kiamat.

Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan isu-isu kemanusiaan sering ditimbulkan dan mendapat prihatin masyarakat dunia. Apa yang sebenarnya berlaku di Palestin bukanlah isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam, tanah air, maruah dan peradaban.

Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya kiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasulullah s.a.w sebelum di"Mi'raj"kan ke langit sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini.

Firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Isra (17): 1]

Yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa bermula dengan siri pengebomannya terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 1 Mei 1980 setelah mereka berusaha memusnahkannya dengan membakarnya pada tahun 1969.

Hari ini usaha meruntuhkan Masjid al-Aqsa giat dijalankan dengan membina terowong-terowong di bawah Masjid al-Aqsa supaya masjid ini runtuh dan didirikan di atasnya Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) yang merupakan di antara matlamat mereka untuk menguasai Masjid al-Aqsa. Kini Masjid al-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis Yahudi berusaha memastikan doktrin-doktrin Talmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan.

Sidang Jumaat sekalian,

Pencerobohan dan kemusnahan yang dialami oleh rakyat Palestin, bukanlah isu politik semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Ia merupakan isu agama, isu peradaban dan tanah air yang perlu diselesaikan juga dengan kesatuan agama Islam. Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa mengenal sempadan dan warna kulit.

Firman Allah yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujurat (49): 10]

Apa yang memeritkan, tatkala masyarakat Islam seluruh dunia bangun memprotes apa yang dilakukan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin, pemimpin negara-negara Arab seolah-olah merestui apa yang dilakukan oleh rejim Zionis yang disokong oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Britain untuk melakukan apa sahaja kepada saudara seakidah mereka. Di saat umat Islam di negara ini berusaha membantu kesengsaraan dan penderitaan rakyat Palestin ada di kalangan negara-negara Arab merestui apa yang dilakukan oleh rejim Zionis dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.

Di manakah maruah umat Islam? Inilah di antara bahana dan kesannya apabila umat Islam terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah s.w.t.

Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib membantu rakyat Palestin dengan apa jua cara tindakan, yang bermula dengan doa kita kepada Allah sehinggalah kepada tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan Yahudi dihalau keluar daripada negara yang dijajah oleh mereka.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Masjid al-Aqsa dikepung dan tiada umat Islam di bawah umur 45 tahun dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus menggunakan senjata-senjata yang dimiliki dengan melalui saluran undang-undang. Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjid al-Aqsa dan fatwa terbaru yang dikeluarkan oleh paderi mereka ialah ”hendaklah membawa kitab Talmud 3 kali seminggu di dalam Masjid al-Aqsa”.

Pencerobohan terbaru ke atas Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak oleh puak ekstremis Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel berlaku pada hari Ahad 4 Oktober 2009 yang lepas. Pencerobohan itu, yang dilakukan tepat selepas 9 tahun Ariel Sharon melaksanakan tindakan memalukan yang sama, berlaku pada perayaan Yahudi ‘Yom Kippur’. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi dipenjarakan. Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci dan ianya sangat tidak boleh diterima apabila tentera Israel bersama penduduknya dibenarkan untuk melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, komuniti Muslim dan masjid sucinya.

Umat Islam wajib mengetahui perkara ini dan sememangnya sikap Yahudi ini merupakan penerusan terhadap apa yang diputuskan sebelum ini seperti arahan daripada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak untuk menjadikan Musolla Marwan yang terdapat di dalam al-Aqsa menjadi tempat ibadah khusus untuk orang Yahudi pada 3 Oktober 1999.

Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada Israel melalui pembelian barangan makanan, mahupun perkhidmatan yang secara jelas kutipannya diberikan kepada negara Israel. Di manakah maruah umat Islam?

Sidang Jumaat sekelian,

Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal siapa yang menjadi sasaran.

Protokol Zionis yang ditetapkan oleh mereka nampaknya telah memberi kesan dan pengaruh kepada kehidupan umat Islam. Umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hedonisme gila yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seakidah mereka. Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru itu perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.

Sidang Jumaat sekalian,

Di saat ini masjid-masjid di Palestin telah ditukarkan menjadi kuil Yahudi, kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu. Di saat ini khususnya di Semenanjung Gaza, umat Islam Palestin dikepung dan tiada jalan keluar dan masuk untuk bantuan tiba. Di saat ini, ramai kanak-kanak Palestin syahid disebabkan kehabisan bekalan ubat untuk merawat kecederaan yang dialami. Di saat ini umat Islam Palestin menanggung sengsara yang tidak terhingga dan tidak terkata, malah menjadi buntu kepada siapakah pertolongan mahu dipinta. Persoalan yang selalu berlegar di dalam pemikiran mereka “Kenapakah masyarakat antarabangsa mendiamkan diri sedang kami di sini diancam oleh Zionis saban hari. Di manakah umat Islam?”

Sidang Jumaat sekalian,

Jika dahulu semasa kegemilangan Islam, dan khalifah adil memerintah, jika seinci bumi Islam diceroboh, maka akan dihantar bala tentera Islam untuk mempertahankan dan merampas kembali. Namun kini semuanya itu hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun, nostalgia kegemilangan ini perlu dibangkitkan dan disegarkan semula agar seluruh umat Islam menyedari bahawa kekuatan sedemikian perlu diwujudkan kembali agar kezaliman yang dialami umat Islam mendapat pembelaan yang secukupnya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan haknya. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim Zionis yang mendapat sokongan dan dokongan dari dunia Barat yang diketuai Amerika Syarikat. Umat Islam Palestin menangis, di saat mereka bergelumang dengan darah dan nyawa mereka, rejim Zionis dengan kekuatan persenjataan yang mereka miliki sedikit demi sedikit meratah nyawa mereka tanpa mengenal siapa.

Umat Islam perlu menyedari hakikat ini! Apalah yang hendak diharapkan daripada musuh-musuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam sendiri.

Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul Maqdis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiup oleh kepentingan individu.

Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwanya dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya dan tidak lagi diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini. Islam pasti memerintah semula dunia ini dengan keadilan syariat dan berbahagialah mereka yang bekerja dan berusaha memastikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.

Hati kita dengan umat Islam di Palestin adalah terikat dengan ikatan akidah yang satu. Perjuangan rakyat Palestin dengan nyawa dan darah mereka adalah fardhu ain dan kefarduan jihad telah dilaksanakan oleh mereka. Jika sekiranya umat Islam Palestin berjihad menggunakan senjata dan ia merupakan fardhu ain ke atas mereka. Maka kefarduan tersebut diganti dengan jihad kewangan dan sokongan moral kepada kita bagi membantu rakyat Palestin. Tidakkah ini satu perjanjian dan satu pertukaran yang menguntungkan kepada umat Islam di negara kita. Sesungguhnya bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan umat Islam Palestin wajib ke atas kita semua.

Ya Allah, selamatkanlah kiblat pertama umat Islam ini daripada terus dijajah dan dikuasai oleh bangsa yang jelas melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Selamatkanlah tempat Isra’ RasulMu itu daripada terus diceroboh dan diroboh oleh bangsa yang beranggapan bahawa mereka adalah umat pilihan Tuhan.

Ya Allah ya Aziz ya Muntaqim, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan akidah yang satu demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

Firman Allah yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Al-Isra (17): 1]

Blog EntryJun 11, '09 4:59 AM
for everyone
Akhir bulan Mei 2009, 5 saudara kita di US telah dijatuhkan hukuman penjara dari 15 ke 65 tahun oleh Mahkamah Persekutuan US kerana kerana telah menyalurkan sumbangan kewangan lebih 12 juta dollar kepada HAMAS yang di-label-kan US sebagai terroris. HAMAS merupakan satu pertubuhan saudara se-Islam kita di Palestin yang berjuang memerdekan tanah suci Palestin dari penjajahan Zionis.

5 yang dipenjarakan merupakan bekas peneraju sebuah institusi kemanusiaan Muslim "Holy Land Foundation" yang telah ditutup dalam kempen US "War Against Terror". Berjuta-juta dollar serta semua aset institusi berkenaan telah dibekukan oleh kerajaan US kerana kempen ini.

Keputusan ini sangat memedihkan kita terutama yang memahami perjuangan Islam ini, bahkan para pencinta keadilan dan kebenaran. Ia menggambarkan ketidakperikemanusiaan polisi US, partisan yang nyata dan kezaliman yang mencengkam. Namun, verdict sedemikian tidaklah menghairankan dari sebuah negara yang tunduk, patuh kepada percaturan & agenda Zionis. Semestinya, menghulurkan sebarang bantuan kepada musuh merupakan satu jenayah besar bagi mana-mana pihak, termasuk US. Walaupun, wang yang dihulurkan adalah melalui saluran-saluran agensi kemanusiaan, charity, & relief; namun, kerana ia adalah kepada musuh US & Zionis, & ada kebarangkalian ia digunakan HAMAS untuk membuat senjata, maka ia menjadi kesalahan besar di sisi US & Israel, lalu hukuman berkenaan dijatuhkan.

Mungkin juga wang berkenaan digunakan untuk membuat senjata; Senjata roket kecil yang bergerak kekok dan sukar ditentukan targetnya; Senjata yang lemah yang hardly membunuh sesiapa pun. Senjata yang sekadar mampu melubangkan kereta kebal, namun kereta kebal tersebut mampu lagi berundur & patah balik dgn selamat; senjata yang digunakan sebagai tanda protes & retaliation semampunya kepada gergasi yang melahap dengan rakus. Kalau sumbangan ke arah ini sudah dikira jenayah besar, maka barangkali maha besarlah jenayah yang dilakukan Amerika Syarikat sepanjang 60 tahunnya menyumbang berbillion-billion dollar  setahun tanpa belah-bahagi kepada negara haram Israel, yang saban hari menggunakannya untuk meragut nyawa tuan punya tanah di Palestin, yang kumulatifnya berpuluh-puluh ribu orang mati ditangan penjajah Yahudi ini.

Tidak syak lagi, jelaslah siapa penyumbang kepada terroris sebenarnya. Siapa penjenayah antarabangsa sebenarnya. Ini belum termasuk peperangan-peperangan yang dianjur"nya" di Iraq, Afghanistan, dsb. Jumlah nyawa yang terbunuh kerana dollar-dollar ini bahkan telah menjangkau jutaan sepanjang sejarah moden yang masih singkat. Begitulah digunakan sebahagian besar wang-wang dari pungutan cukai rakyat & dari penyumbang-penyumbang langsung kepada kekuatan ekonomi Amerika & Israel. Tapi malangnya, dollar-dollar tersebut juga adalah hasil sumbangan sebahagian ummat Islam yang conciously/sengaja menyokong  budaya ekonomi anjuran 2 sekutu ini.

Jadi, kalaulah kita diberi kuasa sekarang, agaknya siapa yang kita nak tarik ke mahkamah pengadilan? siapa yang sepatutnya kita nak kenakan hukuman kerana menyumbang kepada terroris? Hmmm...




Blog EntryApr 21, '09 12:15 AM
for everyone
Satu nukilan yg menarik.. Saya dapat cerita ni melalui email. Saya postkan ke sini 1) utk kongsi dgn semua pengunjung 2) nak buat ikhwah & akhawat tersenyum 3) supaya mudah saya cari in the future.

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin. 
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…" 
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya. 
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut. 

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa.. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
 
 

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum. 

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu. 
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

Blog EntryJan 13, '09 2:10 AM
for everyone

God bless the 10,000+ strong crowd attending Aman Palestin & ISMA's "RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA" rally in Stadium Melawati, Shah Alam, last Saturday. The country's biggest solidarity rally for a global Islamic cause, to my knowledge. The rally witnessed the attendance & support of almost all major political parties & Muslim NGOs of Malaysia. I don't know any Muslim NGO not attending.

I extend my personal salute & appreciation to all who participated in the history-making event, Malaysians and Arabs alike (+ etc). I personally feel excited to see men, women and children chanting slogans of God & Palestine and screams against Zionism & the American collaboration. To those who had the strong will to attend, yet deterred by some incapability, maybe distance or money, well then, you were always with us & we're always together in this struggle. To those who couldn't attend because of fulfilling another routine weekend, then too bad for you.

The rally emphasized our solidarity, as Muslims, with our brothers and sisters in Gaza. The gathering also marks a new beginning to send a message to the nation and the world that Zionist Nazism & its state build upon serial terrorism must come to an end. The holy land of Palestine must be freed from the dirty hands of the Zionist ideology and its unconditional supporters.

We are thrilled to recognize that the rock-solid resilience portrayed by the Palestinians is only because of their perseverance to Islam itself. We also believe that the solution to crises within our own country or any other country will also be to return to the fundamentals & complete system of God. We totally regret the fact that any bombardment in the holy land, every pint of martyr-blood spilt, without any retaliation from neighboring or “brotherly” Muslim country is due to disobedience, lack of commitment and sense of responsibility of Muslims to their own religion. Thus, we trust that any action to be taken by Muslims would be to consolidate their efforts to revive Islam in the society, re-introduce Islam to those who have misunderstood, and remind religious obligations to those who have forgotten. Such efforts are not less important than the struggle in Palestine. These were in fact the steps taken by the HAMAS movement to produce a decent, tough, determined, and fighting nation, full of courageous youth, to defend God's religion and the holy land.

May the struggle of Palestine be an eye-opener to Malaysians to reject any form of (such shameful) affiliation to the Zionist agenda. May the rally in Stadium Melawati be an eye-opener to Malaysians that Malaysian Muslims do have the strength, ability and the ground to unite and that we must return to the virtues of the Quranic principles and power. May we not be careless and negligent towards our duties to our brothers and sisters in Palestine.


Ust Abdullah Zaik: Presiden ISMA & Pengerusi Eksekutif Aman Palestin


Blog EntryJan 5, '09 7:52 PM
for everyone
Saya ingin membetulkan kenyataan seorang pemanggil IKIM.fm dalam slot pagi sekitar 830am pada Selasa 6/1/2009 yang mengatakan bahawa HAMAS adalah Syiah. Sebenarnya HAMAS adalah pejuang-pejuang Islam tulen dari ahli sunnah wal jamaah yang mengimani Islam yang syumul. Mereka adalah pendokong isu Palestin yang asli dalam aqidah Islam yang suci, tidak menyeleweng dan berkompromi dalam agenda Islam. Pandangan yang menyamakan HAMAS dengan Syiah berpunca dari tuduhan palsu bertubi-tubi dari US dan Israel yang/bahawa HAMAS dibiayai Hezbollah & Iran. Saya berharap pemanggil tersebut dapat membetulkan pandangannya dan mendapatkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai orang Islam.

Kenyataan di atas telah saya SMS-kan kepada IKIM.fm pada pagi yang sama jam 8:35am. Namun, saya tidak ketahui sama ada ia dibacakan on-air atau tidak. Text yang digariskan tidak termasuk dalam SMS untuk meringkaskan mesej.

Saya kesal dalam situasi perjuangan yang sekian lama, bahkan kian memuncak, masih ramai yang tidak mengenali siapa wira, siapa musuh, siapa dalang dan siapa kita harus berpihak.  Bahkan tidak tahu apakah tindakan yang perlu diambil. Semoga kejadian-kejadian yang berlaku membawa hikmah dan keberkatan tersembunyi (bless in disguise -Khaled Amayreh-) untuk membuka mata umat Islam agar mengenali hakikat perjuangan Islam yang agung. Allahu'a'lam

Blog EntryJan 1, '09 8:25 PM
for everyone
Saya ingin menyatakan kekecewaan yang teramat sangat terhadap penyambut-penyambut tahun baru 2009 dari kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Sedih, terutama dalam keadaan saudara-saudari Muslim kita di Gaza yang sedang dizalimi, dibelasah, disembelih, dan dihancurkan negara mereka seteruknya dalam massacre rakyat tidak berdosa dan  pertempuran dahsyat yang tidak seimbang, paling teruk yang belum pernah disaksikan sejarah.

Tiba-tiba, jauh di sudut timur dunia, terdapat segolongan manusia yang mengaku bersaudara dengan mangsa pembunuhan ini sedang bersoronok merayakan hari kebesaran penyokong & penyumbang terbesar musuh yang sedang melakukan aksi barbarik paling jijik dalam sejarah kemanusiaan. Format dan metod sambutannya juga tiada beza sebagaimana ia disambut oleh mereka di negeri-negeri mereka yang mengkufuri Allah. Apalah gunalah gunanya kenyataan-kenyataan simpati dan bantahan. Apalah gunanya kesukarelaan menyebarkan sms-sms memohon sumbangan. Apalah gunanya qunut nazilah. Namun, bila tibanya peluang untuk menzahirkan keikhlasan, yang tersingkap hanyalah hipokrisi.

Banyak seruan dari pelbagai pihak telah dilontarkan kepada penganjur-penganjur dan rakyat Malaysia khususnya agar membatalkan sebarang bentuk sambutan tahun baru untuk mempamerkan solidarity Malaysia dengan Gaza yang sedang dizalimi, sebagaimana Malaysia membatalkan sambutannya pada 2005 ketika Acheh dilanda tsunami.

Namun, sambutan tahun baru 2009 yang terus dianjurkan serata Malaysia, terutama yang dianjur dan disertai pemerintah Malaysia, malah mencatat kehadiran yang  amat besar,  jelas menunjukkan tiadanya kesatuan hati diantara kebanyakan rakyat Malaysia dan Palestin. Yang ada mungkin hanyalah rasa "kesian" (kasihan?), yang akan hilang sekelip mata bila dihidangkan dengan wayang, nyanyian, bolasepak dan bunga api. Tiadanya rasa kesatuan aqidah, kesatuan kiblat, bahkan kesamaan hak asasi, lalu mendorong kita mengendahkan mereka di Gaza. Mungkin kerana faktor jarak, yang mana ketika matahari terbit di sini, bulan masih belum surut di sana. Atau faktor rumpun bangsa, yang mana orang di sini lebih coklat kulitnya dari orang di sana.

Apapun perbezaannya.. di dalam Islam, Allah SWT berpesan bahawa "Orang-orang beriman itu bersaudara.." [maksud 49:10], Nabi S.A.W. juga mengingatkan bahawa "tidak beriman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana  ia mencintai dirinya"

Jadi, orang-orang yang akan bersatu hati dengan Gaza, yang akan mendoakan Gaza,  yang akan menangis kerana Gaza, yang akan menyumbang kepada Gaza, yang akan benci Zionis dan penyokong-penyokongnya.. hanyalah orang-orang yang beriman.

Wahai negaraku Malaysia, berimanlah..




Blog EntryDec 30, '08 12:21 AM
for everyone
Sekilas Imbauan

Isu serangan terbaru ke atas Gaza yang menjadi perhatian utama dunia,  tidaklah semata-mata bermula selepas tamatnya genjatan senjata 6 bulan antara Gaza dan Israel pada 19 Disember 2008 yang lalu sebagaimana yang cuba digambarkan. Ia merupakan sebuah kegeraman yang sudah lama terpendam di dada Israel akibat kegagalannya menjatuhkan musuh utamanya, HAMAS dari pemerintahan di Gaza.

Israel sudah lama menyekat ekonomi Gaza, semenjak kemenangan HAMAS pada pilihanraya umum Palestin pada Januari 2006 lalu. Semenjak itu, pelbagai usaha telah diambil oleh Israel serta sekutunya di Washington dan Eropah bagi menggulingkan kerajaan HAMAS yang dilantik rakyat Palestin secara demokratik. Mereka berusaha melaga-lagakan berbagai fraksi di Palestin, bahkan usaha-usaha perdamaian dalaman Palestin sangat dicemburui dan dibantah musuh-musuh Palestin ini. Perjanjian Makkah pada Disember 2006 yang termeterai untuk membentuk kerajaan campuran sangat tidak disenangi Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Mereka, terutama AS melalui Condoleeza Rice dan Keith Dayton, kemudiannya mengapi-apikan isu perbezaan politik dan berjaya menghasut segelintir pihak berpengaruh di Palestin, seperti Mahmoud Abbas dan Muhammad Dahlan untuk bersekongkol dalam menjatuhkan kerajaan HAMAS secara penggulingan bersenjata. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini telah dikesan oleh kerajaan HAMAS dan digagalkan dalam pertempuran berdarah antara HAMAS dan FATAH di Gaza pada Jun 2007 yang lalu. Akibatnya, pihak FATAH di Gaza mengaku kalah dan berundur ke Ramallah, lalu HAMAS menguasai Gaza secara mutlak. Ini memberi alasan bagi Israel untuk lebih mengetatkan sekatan ekonominya ke atas Gaza. Bahkan Israel berjaya mengajak Mesir yang menyempadani Gaza agar menutup sempadan Gaza-Mesir. Kemasukan rutin bantuan kemanusiaan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut disekat dan dihadkan. Lalu bermulalah krisis kemanusiaan paling teruk dalam sejarah peradaban manusia akibat penindasan sesama manusia.

Jurang antara pemimpin FATAH di Tebing Barat dan HAMAS di Gaza semakin membesar apabila Mahmoud Abbas mengisytihar Gaza sebagai negeri pengganas dan pembelot serta enggan membincangkan soal perdamaian antara kedua pihak. Pihak Berkuasa Palestin (PA) di bawah Mahmoud Abbas membentuk kerajaan Tebing Baratnya sendiri dan melantik Salam Fayyad sebagai PM boneka. Mahmoud Abbas dan kerajaan baru ini terus mendapat sokongan moral dari AS dan Eropah. Bahkan, kerajaan tidak demokratik ini telah mendapat sokongan latihan dan kewangan berjuta dollar dari AS untuk menguatkan pasukan keselamatannya untuk menghapuskan jentera penentangan di Palestin. Dengan kekuatan baru ini, mereka telah bersekongkol dengan Israel untuk menghapuskan elemen-elemen penentangan di sekitar Tebing Barat. Mereka menutup dan merampas sekolah-sekolah dan asrama anak yatim, kompleks membeli belah, kedai-kedai serta mana-mana institusi yang boleh dikaitkan dengan HAMAS dan penentangan. Mereka turut memburu, menangkap, memenjara dan membunuh pemimpin-pemimpin dan pejuang-pejuang Palestin dan rakyat biasa di Tebing Barat yang mempunyai kaitan atau menunjukkan simpati terhadap HAMAS dan penentangan. HAMAS yang mengecam tindakan ini bagaimanapun sentiasa berusaha untuk mengajak FATAH agar berunding untuk kepentingan masa depan Palestin. Berbagai usaha kesatuan semula telah diambil HAMAS dan beberapa pemimpin antarabangsa antaranya pemimpin dari Yemen dan Mesir, namun sehingga kini belum menunjukkan sebarang hasil yang memberangsangkan.
 
Pada masa yang sama, sekatan ekonomi di Gaza oleh Israel dan AS terus berlanjutan sehingga mencapai tahap kritikal dari sudut hak dan keperluan asasi manusia. Makanan, ubatan, tenaga elektrik, saliran semuanya mengalami kegawatan ke tahap kronik. Tujuannya, untuk menghukum rakyat Gaza yang memilih HAMAS sebagai kerajaan dan menjadikan rakyat berang kepada HAMAS yang cuba digambarkan membawa malang kepada rakyat.  Namun, berkat kesabaran HAMAS serta kesetiaan rakyat Gaza menyebabkan HAMAS terus popular di mata rakyat.

Genjatan Senjata 6 Bulan

HAMAS serta fraksi penentangan lain terus menekan Israel untuk menghentikan penindasannya dengan melancarkan roket-roket buatan tangan mereka ke bandar-bandar Israel. Akhirnya, dengan campurtangan Mesir, Israel dan Gaza telah mempersetujui sebuah genjatan senjata 6 bulan yang agak rapuh dari 19 Jun 2008 ke 19 Disember 2008, dengan syarat bekalan asasi dibenarkan masuk ke Gaza serta sempadan-sempadan Gaza ke dunia luar dibuka seperti biasa. Namun, ternyata Israel dan Mesir hanya berpegang kepada perjanjian tersebut secara minimal. Bahkan, sebulan sebelum tamatnya perjanjian genjatan senjata antara Gaza & Zionis, pihak Zionis telah menzahirkan secara terang-terangan bahawa ia tidak pernah menghormati genjatan senjata ini dengan melakukan beberapa serangan maut di Gaza disamping mengetatkan lagi sekatan ekonomi dan kawalan sempadan. Sepanjang genjatan senjata, Israel telah membunuh 40 nyawa rakyat Gaza, manakala tiada seorang pun rakyat Israel yang terbunuh. Malangnya, tindakan ganas Israel ini mendapat sokongan AS serta konco-konconya dengan alasan Israel berhak mempertahankan dirinya.

Serangan Terbaru

Penyembelihan besar-besaran terbaru di Gaza berlaku selepas tamatnya genjatan senjata ini. Serangan ini berlaku pada Sabtu 27 Disember 2008, 24 jam selepas lawatan menteri luar Israel, Tzipi Livni ke Kaherah, Mesir dalam pertemuannya dengan Presiden dan pegawai atasan Mesir. Dalam ucapan rasminya di hadapan media, Tzipi Livni mengancam untuk menjatuhkan HAMAS. Di situlah pengisytiharaan perang berlaku.

24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza. Pada Sabtu 27 Disember, tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara dan memobilisasikan tentera daratnya beserta kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Tidak cukup dengan itu, negara pengganas itu telah mengerahkan 6,500 tentera simpanannya untuk bersiap sedia di sempadan Gaza. Serangan udara tersebut dimulakan pada tengah hari Sabtu, sebaik sahaja waktu anak-anak pulang dari sekolah. Sehingga hari ketiga, Israel telah membunuh seramai 364 orang rakyat Palestin dan mencederakan lagi 1650 orang; bahkan mereka membunuh 150 orang dalam masa kurang dari setengah jam.  Ini adalah serangan udara paling berdarah yang pernah dilancarkan dalam sejarah konflik Palestin-Israel.  Antara yang terbunuh dan cedera bukanlah semata-mata pejuang-pejuang dan pasukan keselamatan Palestin, bahkan rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, serta bayi berusia 14 bulan. Antara yang terbunuh juga adalah Tawfik Jabr, komander polis Palestin serta Ahmed Ashur, gabenor daerah tengah Gaza. Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”

Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa.  Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan.  Pihak hospital menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan Israel untuk menghentikan serangan serta penggunaan senjata haramnya.

Dalam masa 2 hari, Israel telah menjatuhkan lebih 100 tan peluru berpandu menggunakan pesawat F-16. Mereka telah membedil pusat-pusat keselamatan HAMAS, kawasan kediaman umum di seluruh Gaza, ibupejabat stesen televisyen Al-Aqsa TV, kabel-kabel elektrik, bengkel-bengkel dan kilang-kilang. Israel berjaya meranapkan 40 terowong rahsia yang digunakan rakyat Gaza untuk membawa masuk bekalan keperluan harian serta senjata. Pesawat Israel turut menghancurkan sebuah masjid di Gaza City berhampiran Hospital Shifa’, di mana ketika itu ramai ahli keluarga pesakit sedang berlindung. Bahkan Hospital Shifa’ turut mengalami banyak kerosakan material. Tentera Israel turut mengebom Universiti Islam Gaza serta bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi kubu kuat HAMAS. Israel juga mengebom sebuah pelabuhan perikanan untuk melumpuhkan salah satu sumber rezeki utama Gaza. Sebagai penghinaan tambahan, Israel juga mengebom sebuah penjara di Gaza, menyebabkan ramai penjenayah-penjenayah melarikan diri dari pusat tahanan tersebut.

Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.

Pendirian Dunia

Namun, dunia secara umumnya memprotes dan mengutuk hebat tindakan Israel. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon mengutuk hebat serangan Israel yang melampau ini dan mengarahkan Israel menghentikan operasi-operasinnya. Beliau menyeru pemimpin-pemimpin liga Arab agar berbincang dan bertindak segera untuk menghentikan suasana tegang ini. PM Malaysia turut menyatakan bantahannya terhadap serangan Israel serta keganasan melampau yang digunakan. Syria secara rasmi menghentikan segala rundingan damai dengan Israel. Iran turut mengutuk hebat serangan bersifat barbarik ini serta mengecam kebisuan pemimpin Arab. PM Turkey menggelar tindakan Israel ini sebagai “jenayah terhadap kemanusiaan”. Pertubuhan-pertubuhan Muslim seluruh dunia juga memberi respon mengecam perlakuan kebinatangan Israel ini. Persatuan Muslim Britain turut mengecam “jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza” yang mengikuti kepungan dan sekatan ekonomi besar-besaran ke atas Gaza. Mereka menyeru badan-badan Muslim, serta rakyat-rakyat merdeka lain untuk bangkit mengambil langkah-langkah untuk menghentikan serangan Israel ini. Jamaat-e-Islami dari Pakistan turut mengecam hebat tindakan Zionis dan menganjurkan perhimpunan besar-besaran di daerah-daerah Pakistan. Di Palestin sendiri, demonstrasi jalanan telah dianjurkan di Tebing Barat bagi membantah penyembelihan saudara-saudara mereka di seberang sempadan. Di Iraq dan Lebanon juga telah dianjurkan demonstrasi besar-besaran menyatakan kesatuan dengan Gaza serta mengecam tindakan kejam Israel. Beratus-ratus rakyat Mesir turut hadir dalam demonstrasi di Kaherah bagi membantah serangan Zionis ini.

US, sebagaimana yang dijangka, menyalahkan HAMAS kerana dikatakan memprovokasi Israel supaya melancarkan serangan itu. AS bahkan terus menyokong serangan buas ini, dengan pesanan agar mengelakkan pembunuhan rakyat awam. Nicolas Sarkozy, Presiden Perancis, turut menyalahkan HAMAS, namun beliau mengecam kekerasan melampau yang digunakan Israel. Mahmoud Abbas pula yang sedang dalam lawatan ke Arab Saudi, juga tidak segan silu menuduh HAMAS kerana melakukan provokasi ke atas Israel untuk melancar serangan. Beliau bagaimanapun turut mengutuk keganasan berlebih-lebihan yang digunakan ke atas Gaza.

Dari Gaza, PM Palestin, Ismail Haneyya terus menyatakan keteguhan dan semangat Gaza untuk bertahan disebalik segala keperitan dan kesusahan yang dialami Gaza. Beliau mengatakan tribulasi yang menimpa Gaza dari Israel ini bertujuan memecahkan kesabaran bersejarah yang dipamerkan rakyat Gaza sepanjang berdepan dengan kekejaman Israel dalam segala bentuk. Khaled Mishaal, ketua biro politik HAMAS, dengan yakin mengatakan, “jentera-jentera perang musuh akan dihancurkan oleh kerikil kesabaran rakyat Palestin”. Beliau menyeru rakyat Palestin agar terus teguh dan bersabar serta mengajak pihak Fatah agar bersatu dengan HAMAS di Gaza dan Tebing Barat serta menghentikan koordinasi dengan Israel untuk menghapuskan penentangan Palestin. HAMAS juga mengajak dunia untuk memutuskan segala perhubungan dengan Israel dan membuka pintu sempadan di Rafah sebagai respon yang praktikal terhadap keganasan Israel. Pada masa yang sama, Briged Izz Addin Al-Qassam serta barisan penentangan yang lain pula akan terus mempertahankan Palestin dan membalas segala kekejaman Israel ke atas Gaza sehingga titisan darah mereka yang terakhir.

Israel, negara pengganas, memberi alasan bahawa serangan dahsyat ini kononnya hanya bertujuan menghentikan terus serangan roket pejuang Palestin ke atas bandar-bandar Israel, bukan untuk menakluk semula Gaza semenjak ia meninggalkannya pada 2005. Inilah adalah pembohongan kerana HAMAS menyatakan kesediaan untuk meneruskan genjatan senjata sekiranya Israel membuka laluan sempadannya dan membenarkan bantuan kemanusiaan. Namun, Israel enggan menerima syarat tersebut. Ternyata bahawa serangan kebinatang ini merupakan salah satu stunt politik Parti Kadima untuk memperagakan kekuatannya untuk memancing undi menjelang pilihanraya Israel pada Februari hadapan. Nyata juga bahawa tindakan Israel ini berikutan kebimbangannya terhadap kekuatan dan populariti HAMAS yang terus berkembang setelah pelbagai usaha kejam lagi jelek yang diambil Israel untuk menggulingkan HAMAS. Di samping itu, Israel juga dilihat ingin mengalihkan pandangan dunia dari isu Masjid Al-Aqsa yang ingin ditawan Zionis. Bahkan, sebuah pusat kajian antarabangsa milik AS untuk program timur tengah melihat tindakan Israel ini sebagai usaha melemahkan kerajaan HAMAS dan menaikkan Mahmoud Abbas yang semakin kehilangan popularity di kalangan rakyat Palestin sendiri.

Namun, masyarakat antarabangsa yang sentiasa mengikuti perkembangan isu Palestin sudah masak dengan alasan-alasan Israel dan sekutu-sekutunya. Kekerasan serta keganasan melampau semestinya tidak mungkin diterima manusia berakal dan berperikemanusiaan. Tidak masuk akal sama sekali untuk menggunakan kekuatan sophisticated dengan melampau ke atas pejuang nasional yang hanya bersenjatakan roket primitif dan batu. Bahkan sekatan ekonomi yang dipelopori Israel sehingga ke tahap menafikan kemanusiaan penduduk Gaza jelas menampakkan sifat kebinatangan negara pengganas ini yang mengabaikan sifat-sifat asasi manusia. Ini semua hanyalah kesempatan yang diambil oleh Israel di atas kelemahan persenjataan rakyat Palestin serta kelemahan kesatuan umat Islam. Semoga Allah membantu tentera-tenteranya, memperkuat para penjaga Masjid Al-Aqsa, menyatukan barisan Muslimin dan menghancurkan musuh-musuhNya selumat-lumatnya.

Disediakan oleh:

AIZUDDIN KHALID

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Daerah Hulu Langat

30 Disember 2008

 

Sumber rujukan:

Palestinian Information Center (PIC)

Associated Press (AP)

www.asiaobserver.com

www.savegaza.eu
  

Blog EntryDec 17, '08 12:24 AM
for everyone
Selamat Ulangtahun ke 21 diucapkan kepada HAMAS di Palestin. Pada Ahad, 14 Disember 2008 lalu, HAMAS telah menganjurkan perhimpunan di Gaza sempena menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-21. Perhimpunan tersebut telah dihadiri lebih kurang 300,000 rakyat Palestin. Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS di Gaza, menyatakan  bahawa kehadiran sebegitu besar menunjukkan kegagalan proses perbincangan dengan musuh dan kejayaan serta sokongan padu kepada penentangan/kebangkitan.

Di sini saya rumuskan noktah-noktah penting yang ditekankan oleh PM Palestin, Ismail Haneyya dalam ucapannya pada majlis tersebut:


1) Kehadiran 300,000 penyokong HAMAS membuktikan kekuatan dan populariti HAMAS tetap kukuh dan terus berkembang. "Contoh kita adalah Rasulullah, tiada contoh lain untuk kita" kata Ismail Haneya merujuk peristiwa Rasulullah SAW diboikot di Makkah oleh Musyrikin.

2) Mengenai sekatan ekonomi yang diperketat semenjak 18 bulan lalu, Ismail Haneyya mengatakan bahawa sekatan besar-besaran ini adalah sekatan besar-besaran ke atas projek Palestin.

Ismail Haneya sedih akan Mesir yang bersekongkong dalam sekatan ke atas Gaza. Beliau juga menyatakan kekecewaannya terhadap komuniti antarabangsa yang bersifat pasif  terhadap sekatan ini walau kematian disebabkan sekatan bertambah dari hari ke hari.

Walaubagaimanapun, beliau memuji dan mengalu-alukan badan-badan dan figur-figur antarabangsa yang menunjukkan sokongan kepada Gaza dengan menghantar kapal-kapal bantuan. Beliau juga menyampaikan penghargaan tinggi kepada semua pihak yang menunjukkan kesatuan mereka dengan rakyat Gaza dalam melalui saat-saat kesusahan ini.

3) Hamas sentiasa bersedia untuk memulihkan ketegangan politik di Palestin melalui dialog nasional tanpa syarat.

5 tunggak kesefahaman yang perlu dibincangkan:
i) Kerajaan harmoni bersepadu
ii) Menyusun semula pasukan security PA berasaskan kepentingan negara
iii) reformasi PLO
iv) Kesepakatan antara pihak-pihak inter-Palestin
v) Pilihanraya presiden PA dan kerajaan Palestin

Kepimpinan PA di Ramallah perlu membebaskan kesemua tahanan politik Hamas dari penjara PA dan berhenti memburu & menangkap pejuang-pejuang kebangkitan Palestin. Ini sebagai langkah awal untuk menunjukkan PA berminat untuk berdamai.

4) Pihak-pihak luar (eg Mesir, Arab Saudi) yang ingin mendamaikan pertelagahan dalaman Palestin perlulah bersifat neutral.

5) Tempoh Mahmud Abbas sebagai Presiden PA akan tamat 9 Januari depan. Hamas tidak gentar menempuh pilihanraya asalkan bersih dan adil.

6) Mengenai 6 Bulan Genjatan Senjatan (Truce)
6 bulan Genjatan senjata yang dijalankan disifatkan sebagai negatif kerana keganasan Israel dan sekatan dan penutupan sempadan Gaza tetap berterusan. Hamas tidak berhasrat  melanjutkan genjatan senjata tersebut kecuali penjajah Israel menghentikan sekatan dan membuka laluan keluar-masuk ke Gaza.

7) Hamas tetap mempertahankan agenda asal pembebasan Palestin walau ada pihak bertahun-tahun cuba berbincang dan negotiate dengan pihak musuh. Hamas mengutuk pemerintahan di Ramallah yang terus cuba berbincang dan berdamai dengan pihak musuh, walau nyata tidak akan membawa kejayaan. Hamas juga mengucapkan selamat tinggal kepada Presiden USA, George W. Bush, "Bush akan jatuh, tapi HAMAS tidak akan jatuh" ujar PM Palestin.

8) Hamas menentang idea penghalauan 1.5 juta bangsa Palestin ber-warganegara Israel yang dicadangkan Tzipi Livni dan Parti Kadima.

9) Ismail Haneyya mengecam kesepakatan dan koordinasi antara PA dan Israel dalam operasi-operasi ketenteraan dan sekuriti untuk menghapuskan pejuang-pejuang Palestin dan menyeksa rakyat Palestin.


Sempena ulangtahun ke 21 ini juga, Briged Izz Addin Al-Qassam menyatakan bahawa telah 1200 anggotanya menemui syahid semenjak penubuhannya. Ini termasuk pemimpin-pemimpin dan kader-kadernya, Briged Al-Qassam menekankan untuk terus menentang penjajah Zionist sehingga seluruh Palestin dibebaskan kembali. Briged Al-Qassam juga tetap yakin akan kemenangan dan kemerdekaan Palestin yang pasti tercapai.

Semoga Allah SWT mengukuhkan saf mujahidin-Nya dan menghinakan musuh-musuhNya. Semoga Allah SWT membuka mata hati umat Islam bahawasanya Palestin adalah nadi ummat ini lalu umat Islam bangkit seluruhnya menentang musuh-musuh Allah. Saya menantikan saat itu.. Selamat Ulangtahun ke 21 diucapkan kepada HAMAS.

لا تزال طائفة من أمتي على الذين ظاهرين لعدوهم قاهرين لا يضرهم من خالفهم ولا ما أصابهم من ولاء حتى يأتيهم أمر الله وهم كذلك“ قالوا يا رسول الله أين هم، قال ”بيت المقدس وأكناف بيت المقدس

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah, Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis” (Riwayat Bukhari)

لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود  فيقتلهم المسلمون حتى يختبىء اليهودي من وراء الحجر والشجر   فيقول الحجر او الشجر يا مسلم  يا عبدالله  هذا يهودي  خلفي  فتعال فاقتله                
 
“Tidak akan berlaku hari kiamat hinggalah orang Islam memerangi orang Yahudi, lalu orang Islam berjaya membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini orang Yahudi di belakangku, marilah ke sini dan bunuhlah dia“. (Riwayat Muslim)

Sumber:
Haneyya delineates five pillars for reconciliation, says siege will be broken
Haniya, no ceasefire without lifting the siege
Hamas: Massive rally affirms popular backing to resistance
Qassam Brigades: Resistance was founded to counter occupation

Videos:
You Tube: Hamas 21st Anniversary

Blog EntryNov 24, '08 3:45 AM
for everyone
Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada saya, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam. Saya tertarik dengan episod ini lalu mendorong saya membuat sedikit pembacaan mengenai beliau.


Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.

Selain peristiwa "Sympathize with Gaza", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark. Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Pada saya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik.  Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline.net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah  Islam", menurut Mufti Congo, Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Saya juga terharu dengan kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza"? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel, "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej  yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.

Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.

Related Links: Aboutreika Inspires Congolese to Islam




Blog EntryJul 5, '08 12:20 AM
for everyone
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.
[17:27]

               

Membazir biasa dikaitkan dengan consumption dan perbelanjaan. Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya. Ringkasnya, membazir adalah meng-allocate unsur-unsur tersebut ke satu tempat, yang sepatutnya boleh diletakkan di tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat. Ini dipersetujui semua.

Ada benar dalam takrif ini. Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan pengisytiharaan ayat 17:27.

Seorang Muslim perlu tahu apakah hakikat membazir dan bagaimanakah sesuatu consumption boleh dikatakan membazir. Kritikalnya seorang Muslim perlu mengetahui adalah kerana Allah SWT melabelkan pembazir itu sbg saudara Syaitan. Ini merupakan satu label yang sangat sangat menghinakan, di mana Rabb Pencipta yang disembah sekalian alam meng-adik-beradik-kan manusia dgn makhluk yang paling dilaknati dan dimurkaiNya. Takkanlah dengan sekadar makan lebih, terlebih beli barang, bil elektrik tinggi, tiba2 Allah cap sebagai saudara Syaitan.. Atau seseorang yg melepaskan diri dari semua tadi dgn ber-diet atau berpuasa atau guna NGV utk keretanya terus terselamat dari status tersebut? Jadi, perlulah kita teliti hakikat membazir sehingga ia menjunamkan manusia ke status yang menghampakan itu..

“Alamak, kena save ni, bulan depan nak pegi konsert!”

Imam Syafi’e telah memberi satu takrif membazir yang pada saya lebih “real”, dan menepati ayat 17:27. Beliau mendefinasikan pembaziran sebagai membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran; in other words, berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat, kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta, masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul, rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya (konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di jalan “ini” merupakan keperluan semasa, tanggungjawab pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai khidmat pulangan kepada masyarakat.

 

Tapi hakikatnya, segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok; Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk Mungkar. Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). Maka, apabila Allah sudah isytihar "Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura", mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya? ......

Benarlah juga: Membazir boleh dalam bentuk wang, harta, masa, hidup, umur, tenaga, ilmu, cinta, fikiran, kerja, hati, ingatan dan sebagainya (Ibnul Qayyim). Segala sesuatu jika ditujukan untuk mengingkari Allah, ianya telah menjadi pembaziran yang merugikan.


اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan Telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka Itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi. [58:19]

Berapa ramai sahabat Nabi, yang sebelum memeluk Islam, mereka menghabiskan wang, tenaga, masa dan pemikiran untuk menentang Islam.. tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertekad untuk menggandakan apa yang mulanya digunakan untuk menentang Islam, tapi kini untuk mengembangkan dan mempertahankan Islam. Contohnya Ikrimah & Khalid RA. Mereka sedar expenditure mereka sebelum ini adalah pembaziran yang merugikan.. lalu mereka ingin “membayar ganti rugi” diri mereka dgn memberi bayaran yang sama atau berganda untuk Islam!

Jumhur ulama mengatakan tidaklah pula dikatakan membazir jika perbelanjaan itu dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan dan kebenaran. Kerana itu, bagaimana pendapat anda tentang Abu Bakr dan Suhaib Ar-Rumy yang telah mengorbankan seluruh-luruh-luruh harta benda mereka untuk Allah.. adakah ia merupakan pembaziran? Pada saya, merekalah orang yang paling cermat berbelanja.. Orang yang menyimpan duit untuk melakukan maksiat bukan berjimat cermat. Mengikat perut untuk membeli tiket konsert bukan berjimat. Mengumpul duit untuk belanja girlfriend/boyfriend bukan berjimat.

“Alhamdulillah, aku dah save duit scholar banyak dah.. lepas ni cukup la duit nak beli buku Harry Potter 10 set”

Oleh itu, para pembaca sekalian, selepas ini, berhati-hatilah dalam perbelanjaan dan consumption anda. Pastikan anda tidak membazir! Rancanglah perbelanjaan anda ke jalan kebenaran dengan memenuhi hak-hak Allah, Rasul, dakwah, keluarga, diri sendiri dan ummah. Kalaulah di hujung bulan pun poket anda kosong dan badan anda letih.. sekurang2nya anda tidak "membazir"..

Allahu’a’lam


“Jangan beli produk Nestle.. itu penyumbang besar kepada Zionist.. membazir jer kita bagi duit kat dia..”



Blog EntryApr 25, '08 12:55 AM
for everyone

This love is not merely a means
Nor is it just some kind of game
It is the law of the palace
Describing the way of the King

But there's just one thing that's so strange
The slave and the King are alike
Both of them lose their importance
They vanish because of Love's light

If only I could be like ash
Consumed within love's burning fllame
Then in the book of existence
There'd not be a trace of my name!

So you must "die before you die"
Die now with love's burning fire
Indeed this is what was implied
When the Prophet these words exclaimed

The lover has already died
The One he's in love lives on
His life is the one that's real
While the lover just borrowed his own


"The Path Of Love"
DEBU


Blog EntryApr 11, '08 8:12 PM
for everyone
Myself, For Al Aqsa, I Sacrifice
Scorned the faces of the enemy


Whose blood is cold
Myself, for Al Aqsa, I sacrifice

Where the Prophet prostrated
And I raise with my voice the call

Oh, our people steadfast
No matter how long it takes

Al Aqsa to us is returning
A billion Muslims

Their conscience asleep
A billion Muslims, futile

Their influence waning
A billion counted

We need but one
The martyr fell, and seems

Lawless is the hateful
The child for help cries

And death for him lies waiting
And the world watches

Of their aggression a witness
The blood of childhood sang

The melody of glory everlasting
The sound of stones echoes

With promises of victory
With the aggressor began

And the criminal, the infidel
A word of honour

How often said by Zayed*
‘Never relinquish the mosque

And for our right we fight’
The midnight journey of the Prophet of guidance

And his ascension to the heavens
Aggression, though strutting

Its end is certain
Triumphs whoever stands firm

And for his right fights

*His Highness Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, President of the UAE.

Blog EntryApr 4, '08 2:48 AM
for everyone



My country , my country

My country , the land of my grand fathers

My country , my country
My country , my nation , the nation of eternity

With my determine , my fire and the volcano of my revenge
The longing of my blood to my land and home
I have climbed the mountains and fought the wars
I have conquered the impossible , and crossed the boarders

My country , my country , the nation of eternity

With the resolve of the winds and the fire of the guns
And the determination of my nation in the land of struggle
Palestine is my home , Palestine is my fire , Palestine is my revenge
and the land of eternal

My country , my country , the nation of eternity

I swear under the shade of the flag

To my land and nation , and the fire of pain
I will live as a guerrilla , I will go on as guerrilla ,
I will expire as guerrilla until I will be back

My country , my country , the nation of eternity

Blog EntryMar 15, '08 1:12 PM
for everyone


Dr. Ibrahim Al-Maqadma (Abu Ahmad) merupakan seorang yg dianugerahkan dgn wawasan yang jelas lagi analitis. Beliau seorang lelaki berprinsip dgn kesungguhan yg tidak berbelah bahagi. Beliau telah mencatat sejarahnya tersendiri, berbanding membiar orang lain membiar orang lain memutuskan hidupnya. Abu Ahmad merupakan seorang pemimpin yang benar-benar berwibawa sepanjang hidupnya.

Sewaktu di dalam penjara penjajah Zionist, beliau menerima khabar kematian anak lelakinya. Ahmad (anaknya) telah lemas di laut. Abu Ahmad ketika itu sedang bersiap untuk berceramah kepada rakan-rakan sepenjaranya. Dilihatnya rakan-rakannya sedang melakukan persiapan majlis perkabungan, lalu beliau bertanya, “Apa yang kalian sedang kerjakan?”. Mereka menjawab, “Kami sedang menyiapkan khemah untuk menyambut tetamu perkabungan”. Maka dengan kejelasan priority amalnya, Abu Ahmad mengarahkan, “(Lakukan) Selepas ceramah”. Beliau terus memberi ceramah dan melaksanakan keperluan mereka yang hidup sebelum melaksanakan keperluan yang telah mati.Sungguhpun begitu, beliau amat bersedih diatas kematian anaknya. Sahabat-sahabat karib beliau mengetahui betapa terkesannya beliau dengan kematian anaknya itu.

Zaman Pemuda dan Pendidikan

 

Ibrahim Ahmad Al-Maqadmah dilahirkan pada 1950 di Kem Pelarian Jabalia. Keluarganya dipaksa meninggalkan bandar kelahiran mereka, Beit Daras, 2 tahun sebelum kelahiran Abu Ahmad, iaitu dalam bencana Nakba. Beliau seorang yg sangat bijak dan mempunyai memori yang kuat. Kerana itu, beliau menjadi seorang yang menonjol sewaktu sekolah dan menjadi ketua dikalangan rakan sebaya. Ibrahim seorang budak yang matang lebih awal berbanding umurnya. Beliau mempunyai personaliti yang kuat dan pemikiran yang teguh, sifat-sifat yang diwarisi ayahnya yang terkenal kerana kebaikan dan kesabaran.

Pada tahun 1970, pasukan penjajah telah merobohkan rumah keluarganya di kem Jabalia. Maka keluarganya dipaksa menjadi pelarian buat kali kedua ke Kem Pelarian Bureij.

Ibrahim menghabiskan sekolah menengah dengan markah yang tinggi dan terus belajar dalam bidang pergigian di Universiti Kaherah pada 1971. Beliau kembali ke Gaza selepas menerima ijazah pada 1976.

Ikhwanul Muslimin

Ibrahim Al-Maqadmah menerima fikrah Ikhwan Muslimin pada zaman kerajaan Mesir sedang mengadakan penangkapan besar-besaran ke atas gerakan tersebut iaitu sekitar 1960’an. Ketika itu, ahli-ahli Ikhwan dihadapkan dengan seksaan dan hukuman bunuh. Namun, itu tidak menghalang Ibrahim dari terus berpegang kepada Islam sebagai pegangan hidupnya. Apabila beliau kembali ke Gaza, beliau telah berpadu dengan Sheikh Ahmad Yasin dan mereka-mereka yang sefikrah untuk mengasaskan sebuah gerakan  Islam di Palestin.

Abu Ahmad salah seorang byang mengasaskan akiviti dakwah secara extensif dalam tahun-tahun awal gerakan Islam tersebut. Tambahn, beliau seorang doktor yang berjaya yang merawat pesakit-pesakit miskin secara percuma. Namun, apabila beliau melihat kareer peribadinya itu menuntut banyak masanya daripada menunaikan tanggungjawab terhadap fikrah dan prinsipnya, beliau telah menutup kliniknya dan hanya bertugas dengan kerajaan sahaja.

Jalan Kemerdekaan

Selepas gerakan Islam tersebut telah bertapak dengan teguh di dalam masyarakat, Sheikh Ahmad Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadma dan Sheikh Salah Shehada telah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan pihak penjajah. Mereka menubuhkan rangkaian kebangkitan “Majd”  pada 1983 dan mendapatkan senjata untuk digunakan oleh para Mujahidin. Namun, penjajah Zionist telah mengesan kegiatan mereka yang membeli senjata dari sumber mereka. Lalu Sheikh Ahmad Yasin dipenjara selama 13 tahun (tapi dibebaskan pada 1985), Abu Ahmad dijatuhkan hukuman 8 tahun. Beliau menjalani hukuman tersebut secara penuh dan dibebaskan pada 1992 sewaktu usaha damai Amerika.

Tahun-tahun di dalam penjara kaya dengan aktiviti dan hasil pada pihak Dr. Ibrahim. Beliau memimpin dan menguruskan banduan-banduan Hamas yang lain. Di samping itu, beliau gemar menggunakan masa untuk menulis. Beliau mengarang banyak buku-buku dan risalah-risalah yang masih kekal hinggan hari ini yang memperkayakan fikrah gerakan Islam di Palestin.

 

Kezaliman saudara sendiri lebih dahsyat daripada pukulan pedang tajam

Sebaik sahaja dibebaskan daripada penjara, Abu Ahmad lantas menubuhkan sebuah rangkaian pasukan kebangkitan yang rahsia daripada penjajah Zionist. Dengan pasukan penentang yang aktif yang dipimpin pejuang-pejuang yang dikehendaki Israel, Abu Ahmad bekerja untuk memastikan penerusan penentangan sekiranya pemimpin-pemimpin yang sangat dikehendaki Israel itu terbunuh atau tertangkap.

Pihak berkuasa Israel dikejutkan dengan pengumuman Pihak Berkuasa Palestin (Paleestinian Authority) bahawa mereka telah menangkap rangkaian rahsia Hamas tersebut. Namun, pendedahan rangkaian tersebut tidak lain adalah hasil seksaan yang sangat dahsyat kepada ahli-ahli yang disyaki.

Abu Ahmad telah dihukum dengan sangat teruk sehingga beliau tlah dipindahkan ke hospital kebih daripada sekali sewaktu soal siasat. Sehingga beliau perlu dipimpin untuk berjalan selama beberapa minggu selepas itu. 3 tahun kemudian, baru beliau dibebaskan, namun ditangkap semula oleh PA. Beliau dipenjarakan kali ini kerana menentang perjanjian Oslo, yang terbukti menghampakan.

Biar diseksa ditangan saudara-saudaranya sendiri dikalangan kumpulan soal siasat, Abu Ahmad seorang yg tidak percaya dengan perpecahan dikalangan rakyat Palestin. Beliau menyeru peluru-peluru diarahkan hanya kepada penjajah Yahudi.

Al-Aqsa Intifadha

Tahun-tahun terakhir kehidupan Abu Ahmad ditujukan buat aktiviti-aktiviti dakwah. Sebagaimana beliau telah kembali dari Mesir 20 tahun sudah, beliau terus aktif berdakwah dengan fikrah Islam kepada masyarakat. Beliau aktif memberi ceramah, menulis buku dan artikel. Sehingga akhir hayatnya, beliau terus teguh dengan pendiriannya menentang sebarang kehilangan hak rakyat Palestin. Kerana itu, setengah pihak menggelarnya sebagai pemimpin Hamas yang “keras”. Namun sebenarnya, beliau seorang yang jelas pandangannya. Beliau tidak bersedia mengorbankan masa depan bangsanya demi keuntungan sementara.

Syahid

Pada 8 Mac 2003, Dr, Ibrahim Al-Maqadma telah menuju ke tempat kerja dalam keretanya bersama dua pengawal berhampiran perkuburan Sheikh Radwan di Bandaraya Gaza. 4 helikopter Apache telah melancarkan 6 roket terhadap keretanya. Abu Ahmad dan 2 pengawalnya beserta pemandu kereta terbunuh serta merta. Ramai lagi yang cedera selepas kereta-kereta lain turut terbakar dan tingkap-tingkap rumah sekeliling pecah.

Akhirnya, Abu Ahmad yang teguh kesungguhannya dan antara pengasas kebangkitan Islam di Palestin terbunuh. Namun, beliau mati dalam keadaan tidak tunduk kepada penjajah dan tidak menerima umpan mereka. Beliau membenarkan prinsip dan fikrahnya ketika ramai yang telah gugur/tewas apabila ditimpa dengan sebahagian sahaja dari apa yang dilalui Abu Ahmad.

 
Akhirnya, Palestin kehilangan seorang warganegara yang setia, juga seorang pemimpin yang tak ternilai harganya. Tapi Abu Ahmad sering percaya bahawa kejayaan itu diukur dengan magnitud pengorbanan. Dan tiadalah pengorbanannya yang lebih tinggi daripada pengorbanan nyawanya sendiri.


Sumber: Kataib Izzuddin Al-Qassam, Palestin

Blog EntryMar 5, '08 10:38 PM
for everyone

Assalamu’alaikum wrt wbkt.

Di sebalik kesibukan rutin harian kita, sedarlah bahawa saudara-saudari kita di Gaza sedang dibedil dan disembelih oleh Si Nazi moden, Zionist Laknatullah. Setakat hari ini sudah 127 orang maut dalam masa seminggu yg termasuk 40 kanak2 & bayi dan 15 wanita tak berdosa; Lebih 300 lagi cedera, kebanyakannya parah. Pertahanan pejuang2 palestin hanyalah senjata2 buatan tangan. Tambahan pula, sekatan ekonomi yg semakin ketat menyebabkan ekonomi Gaza hampir2 runtuh. Kebisuan dunia Arab & Muslim menghodohkan lagi keadaan saudara-saudari kita di Gaza, seolah-olah tidak peduli akan nasib adik-beradik kita, lalu memberi ruang utk Israel terus melancarkan serangan dahsyatnya. U.S. dan barat pula tidak habis-habis dengan usaha2 & statement2 pro-Yahudi/Zionist-nya, merestui tindak-tanduk kejam Israel.

Saya, selaku Muslim, sama seperti kalian, ingin merayu, bantulah dan sentiasalah peka tentang perjuangan dan kesengsaraan rakyat Palestin; kejutkan juga orang2 lain yg masih lalai dari isu asasi ini. Bumi Palestin adalah sebahagian dari aqidah ummat Islam kerana ianya bumi Anbiya’ & Syuhada’, juga bumi letaknya Masjid Al-Aqsa, juga bumi Nabi S.A.W. di Isra’kan dan dari situlah juga Nabi S.A.W. naik ke Sidratul Muntaha.

Saya ingin mengajak saudara saudari semua utk menyumbang dengan ikhlas kpd Aman Palestin yg akan menyampaikan wang anda kpd perjuangan ini.

Bank Islam: 12029010047880

Bank Muamalat: 12070005133717

Maybank: 562263010787

Aman Palestin Berhad

No. 1, Jalan 3/3B, 43650, Bandar Baru Bangi

Tel: 03-89267019

Fax: 03-89259963

amanpalestin@yahoo.com

http://www.amanpalestin.com

Juga, saya mengajak kalian semua utk mengikuti perkembangan bumi Palestin setiap hari: Layari http://www.palestine-info.co.uk/en/ . Kalau Utusan Malaysia kita boleh buka hari-hari, InsyaAllah website ni juga kita boleh buka hari2. Bincangkan isu ini dengan rakan2 anda. Sebarkan juga mesej ini kalau mahu. Rakyat Palestin merayu sokongan anda. Semoga Allah memberi ganjaran baik kepada anda semua. Semoga Allah membebaskan bumi Palestin & semoga dgn usaha kita yg tak seberapa ini, mampu kita memperoleh saham dalam Jihad ini. Allaha’lam.

“Salahuddin Al-Ayyubi tak duduk diam sehingga Al-Quds dibebaskan, kerana apakah pula kita didiamkan?”

Diamnya kita atas penderitaan saudara se-Islam kita akan ditanya oleh Allah SWT kelak di akhirat ! Marilah menyumbang semampu kita. Semoga Allah membalas sumbangan anda dengan ganjaran yang lebih baik !

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
(Al Baqarah:245)

Gambar baby (Amira Abu Asr) mati, baru semalam (5/3/2008), ditembak di kepala

Sekian, wassalamu’alaikum wrt


Blog EntryMar 1, '08 9:23 PM
for everyone
Salam wrt. Menjawab satu persoalan yg ditanya kepada saya mengenai usaha menukar kepimpinan negara, ayat [4:59], dan penggunaan kekerasan dalam menjatuhkan pemimpin zalim? Sbgmana yg sering diquote dlm [4:59],

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu...
[4:59]

Pertama kita perlu jelas ayat ini ditujukan kpd siapa? Jwpnnya kpd orang2 beriman, ”Hai org2 beriman, taatilah...”. Jadi pemimpin tersebut mestilah dikalangan org2 beriman, malah dia telah dinobatkan kedudukan yg mulia dari sudut hak ketaatan slps Allah & Rasul. Jadi tentulah dia perlu dilantik dari kalangan orang yg taat sungguh2 kpd Allah & Rasul, yg terbaik dikalangan org2 beriman, bukannya dia menolak hakimiyyah Allah & qudwah kepimpinan Rasul. Mengenai sunnah dalam perjuangan Islam, benar Musa tidak menggunakan kekuatan utk menjatuhkan Fir’aun, begitu juga Rasulullah pd permulaan. Tp akhirnya bukankah Nabi mempersiapkn tenteranya utk membuka Makkah. Bukankah Allah SWT memerintahkan Musa bertempur utk dapatkan Palestin, [5:21-25] walaupun akhirnya dibantah kaummnya sendiri. Namun, kita tidak berbicara mengenai penentangan terhadap org kafir, malah dalam memerangi org kafir, sunnah Nabi SAW & sahabat, dalam keadaan berdaulah akan offer lawan mereka: Menerima Islam, atau membenarkan kepimpinan Islam memerintah berlandaskan syariat dan mereka yg tetap kafir perlu membayar jizyah, atau sekiranya kedua2 option ini ditolak, maka option terakhir adalah perang. Namun, diulangi, kita bukan berbincang soal menentang org kafir, kita berbicara soal melantik pemimpin utk mengendali urusan ummat Islam. Jadi sekiranya pemimpin tersebut enggan menerima kepimpinan Islam, memperolok2kan hukum Allah, walaupun ditegur berkali2, maka layaklah dia digantikan, dan semestinya dgn cara yg berhemah.

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
[4:65]

Ini penting sbg kriteria memilih pemimpin org2 beriman. Bukanlah bermaksud pemimpin kini seorang yg kejam, jahat lagi kuku besi, namun di sana ada org yg lebih layak menerima mandat ketaatan Muslimin kepadanya. Sabda Nabi yg bermaksud: Barangsiapa yg melantik seorang pemimpin sedangkan dia mengetahui terdapat seorang yg lebih layak daripadanya maka dia telah mengkhianati Allah & Rasul. Allahu’alam

Blog EntryFeb 22, '08 7:03 PM
for everyone
Soalan: Assalamu'alaikum Wr. Wb. salam kenal, maaf sy mau quetion nih ke antum. apakah orang keturunan yahudi/israel dapat menjadi seorang muslim, lalu jika bisa apakah gelar keturunan yahudinya akan tetap ada apa hilang berubah menjadi muslim?

Jawapan kami: Wa'alaikumussalam wrt wbt.. Sesungguhnya Islam itu tidaklah ditujukan kepada mana-mana kaum tertentu sahaja mahupun mengecualikan mana-mana bangsa daripada menganutnya. Malahan, Islam itulah agama Tauhid universal sepanjang zaman, utk semua bangsa sbgmana yang dianuti para anbiya' dan pengikut mereka, termasuklah Bani Israel, sblm mereka menyeleweng.

131.  Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh (Islam) kepada Tuhan semesta alam". 132.  Dan Ibrahim Telah mewasiatkan Ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah Telah memilih agama Ini bagimu, Maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". 133.  Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia Berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan yang Maha Esa dan kami Hanya tunduk patuh (Islam) kepada-Nya".
[2:131-133]

Begitu juga Hawariyun Nabi Isa, mereka adalah Muslim sbgmana mereka bersaksi.

52.  Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berserah diri (Muslim).
[3:52]

Yahudi, sbgmana diketahui umum, adalah juga merujuk kpd bangsa Bani Israel, selain merujuk agama anutan mereka kini yg unik utk mereka (Judaism), selepas mereka menolak Nabi Isa & Nabi Muhammad SAW. Namun, sekiranya mereka menerima Islam sbg agama mereka, tidaklah bermaksud terhapus identiti bangsa Yahudi tersebut. Sesungguhnya, Allah SWT telah menciptakan pelbagai kaum dari kalangan manusia supaya masing-masing dapat kenal-mengenal dan menghayati variasi ciptaan Allah.

13.  Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

Setiap bangsa ada identiti. Kedatangan Islam tidaklah menghapuskan identiti tersebut melainkan tradisi-tradisi Jahiliyah & amal khurafat tempatan. Jadi menjawab persoalan di atas, seorang Yahudi juga mampu beriman. Sirah Rasulullah SAW juga membuktikan adanya Ahli Kitab seperti Abdullah ibn Salam yang beriman kepada Al-Quran lalu memeluk Islam.

10.  Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku, bagaimanakah pendapatmu jika Al Quran itu datang dari sisi Allah, padahal kamu mengingkarinya dan seorang saksi dari Bani Israil mengakui (kebenaran) yang serupa dengan (yang tersebut dalam) Al Quran lalu dia beriman, sedang kamu menyombongkan diri. Sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".

[46:10]

Seorang Yahudi pasti boleh menjadi Muslim. Namun tetaplah dia menjadi bangsa Bani Israel, kerana begitulah warisan keturunannya, sbgmana kita tetap akan bergelar bangsa Melayu, walau ke bumi mana kita berpijak. Namun, lebih utama jika saya katakan bangsa kita juga adalah bangsa Islam, yang mengikat manusia berdasarkan aqidah, bukan darah dan warna kulit.

Wallahul Musta'an

Blog EntryFeb 20, '08 6:19 AM
for everyone
Seorang penulis Indonesia telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'Pandangan Melingkar' atau dalam bahasa arabnya disebut 'mulahazah'. Yang dimaksudkan dengan pandangan melingkar adalah memandang sesuatu dari pelbagai sudut yg berlainan. Dengan kata lain, di sebalik setiap benda yang dicipta oleh Allah, ada pengajaran2 atau maksud yang boleh kita ambil darinya.

Contohnya, mari kita melihat kepada pensel yang selalu kita gunakan untuk menulis. Dapatkah anda meng'extract' pengajaran2 yang boleh diambil dari sebatang pensel?

1. Sebatang pensel jadi berguna kepada manusia kerana rod graphite yg ada di dalamnya dapat digunakan untuk menulis. Begitulah juga manusia, jika tiada ruh di dalam tubuhnya, nescaya manusia itu hanya segumpal tanah yg kaku, ia jadi bernilai hanya kerana ruh yg ada di dalam tubuh itu.

2. Sebatang pensel yg tajam itu lebih baik dari sebatang pensel yg tumpul. Meskipun ruh telah menjadikan manusia itu hidup, tetapi ruh individu yg beriman lebih dikasihi oleh Allah dan lebih tinggi nilainya berbanding ruh yang tidak beriman.

3. Pensel yg tajam sekalipun jika diguna lama, akan menjadi tumpul. Tetapi berita baiknya, ia masih boleh diasah menjadi tajam semula. Iman di hati manusia naik dan turun, tetapi meskipun ia turun, ia masih boleh ditambah dengan menghadiri majlis2 ilmu, mengkhusyukkan solat dll sehingga ia tajam kembali.

4. Kesilapan yg dilakukan ketika menulis dgn pensel boleh di padam. Manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan, kerana manusia diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yg lemah. Tetapi utk setiap kesilapan itu, pintu Taubat Allah sentiasa terbuka kecuali ketika hampir datangnya maut.

5. Sebatang pensel yg selalu digunakan, lambat laun akan menjadi pendek, dan akhirnya akan dibuang kerana tidak dapat lagi digunakan. Setiap saat manusia semakin hampir kepada maut di mana ruhnya akan diangkat utk perjalanan seterusnya.

6. Pensel yg masih panjang lebih sedap digunakan untuk menulis berbanding pensel yg pendek. Zaman muda adalah zaman emas manusia. Di zaman ni manusia boleh menggunakan sepenuh tenaganya, dengan pilihan mereka sendiri sama ada untuk berbuat baik atau sebaliknya.

dll.

So cuba perhatikan, berapa banyak pelajaran yg dapat di ambil dari sebatang pensel. Caranya hanyalah dengan looking at things from different angles.

Dulu masa sekolah rendah kan kita selalu buat karangan, saya sebatang pensel, saya sebuah kereta. Nampaknya sekarang kita masih berpeluang buat benda yg sama, tetapi dengan MATLAMAT yg lebih tinggi. Semoga bermanfaat.

Dipetik dari petisurat Al-Qassam III
Kiriman: Akh Effendy

Pages:123

Izz Addin Al-Qassam III



Links


Ikhwan Tube




  • Palestinian Info Center
  • Islam Online.net
  • Islamicity

  • more links..

    Visit Counter
    web counter



    Interested parties may reproduce or quote materials published in this blog with the condition that they are credited appropriately. Thank you


    Kempen!